Medicine

TIPS MENYIMPAN UBAT DENGAN BAIK

  • Simpan ubat-ubatan di dalam bekas yang asal.
  • JANGAN campurkan ubat-ubatan di dalam bekas yang sama.
  • JANGAN sesekali tanggalkan LABEL ubat-ubatan anda.
  • TOLONG BUANGKAN/LUPUSKAN ubat-ubatan yang telah tamat tempoh hayatnya.
  • Anda boleh tuangkan ubat cecair di dalam sink atau tablet di dalam mangkok tandas (jangan lupa flush tau!)
  • JANGAN berkongsi jarum suntikan dengan orang lain.
  • Simpan ubat-ubatan pada suhu bilik kecuali yang dinyatakan cara penyimpanannya.

PENGGUNAAN UBAT-UBATAN SECARA SELAMAT.

1. BACA label ubat-ubatan dengan teliti.

2. PATUHI dos/sukatan yang telah ditetapkan.

3. ELAKKAN pengambilan yang melebihi dos/sukatan yang telah ditetapkan.

4. JANGAN mengambil ubat tambahan tanpa merujuk doktor/ahli farmasi anda.

5. JANGAN berkongsi ubat dengan orang lain, JANGAN ambil ubat yang diberikan oleh orang lain.

6. Sekiranya simpton penyakit masih belum pulih, hentikan penggunaan ubat tersebut &
rujuk semula doktor/ahli farmasi anda semula.

7. Sila maklumkan kepada doktor/ahli farmasi sekiranya anda hamil/menyusu anak/alah kepada bahan tertentu sebelum mengambil sebarang ubat.

8. PASTIKAN anda menghabiskan ANTIBIOTIK dalam tempoh yang ditetapkan.


MEMAHAMI ARAHAN PENGAMBILAN UBAT.

  • Sebelum makan - 1 setengah jam sebelum makan.
  • Selepas makan - Sejurus selepas makan.
  • Semasa makan - Ketika makan
  • 2 kali sehari - setiap 12 jam.
  • 3 kali sehari - setiap 8 jam.
  • 4 kali sehari - setiap 6 jam.

 
Free Host