Pharmacist

DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI FARMASI (KKM):


Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; ATAU

Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri - menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; ATAU

Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan – menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.

KEMUDAHAN:
  • Kemudahan Perubatan Percuma untuk pegawai, keluarga dan ibu-bapa
  • Kuarters
  • Pinjaman Perumahan dengan kadar faedah 4% (RM 200,000 - RM 300,000)
  • Pinjaman Komputer (maksimun RM 5000.00)
  • Pinjaman kereta dengan kadar faedah 4 % (RM 27,000.00-RM 200,000.00
  • Skim Pencen atau KWSP
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Elaun dalam perkhidmatan :
    • Elaun kerana bertugas
    • Elaun, kemudahan dan bayaran kerana bertukar atau berpindah dalam negeri
    • Elaun kerana berkursus
    • Elaun bertugas di seberang laut

CUTI:

1. Cuti yang diberi kerana perkhidmatan:
  • Cuti Rehat (25 hari)
  • Cuti Separuh Gaji (maksima 180 hari)
  • Atas sebab kesihatan sahaja
  • Cuti Tanpa Gaji (maksima 360 hari)
  • Alasan Persendirian
  • Mengikut Pasangan (Kerana Berkursus atau Belajar)
  • Hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan
2. Cuti atas sebab perubatan
  • Cuti Sakit (maksima 90 hari)
  • Cuti Sakit Lanjutan (tidak lebih 3 bulan)
  • Cuti Bersalin (maksima 90 hari) – PP Bil.14 Tahun 2010
3. Cuti Haji (40 hari)

4. Cuti Kerana Berkursus (Cuti Belajar Bergaji Penuh)

 
Free Host