Monday, August 15, 2011

Kad tumbuk

Kad kuning ni nak kena nih! Memang patut ditumbuk sebab nama pun punch card..hahaha

Kita kasi baju cantik sikit


Sekian masa untuk berkreatip.

Kisah terkejut-terkejut

Terkejut betul la hari ni.

Tadi masa jaga kaunter 2, ada seorang Dr atau pharmacist ni..not surela siapa, tiba-tiba datang serbu kat kaunter. Masa tu tengah duduk relaks-relaks sambil kira dos untuk Syrup Sodium Valproate. Dengan muka yang merah menahan panas geram dia tanya..

Mr. X: WHO’S THE PRP HERE???

Eco-Pharmacist: Err...saya! (serta merta bangun dengan gelabah)

Mr. X: You ke yang jaga sini tadi?

Eco-Pharmacist: Ha’a.. (dalam hati, aik..aku ada wat silap ke? Tak pernah plak nampak dia kat sini..cam mane boleh buat silap kat dia..)

Mr.X: You tadi break pukul berapa ha??

Eco-Pharmacist: Blum lagi, pukul 2 baru break

Mr.X: Tadi siapa yang break?

Eco-Pharmacy: Kawan saya ada yang pergi break

Mr. X: Itu siapa nama dia?

Eco-Pharmacy: T***** (Slowww~ je cakap)

Mr.X: Hah! Siapa??

Eco-Pharmacy: T*****! (Isk! Rase bersalah plak bagi nama orang tu..padahal dia tak wat salah pape)

Mr. tu cam tak puas hati terdiam sekejap..agaknya sebab bukan orang yang dia cari kot. Lepas tu dia tanye PRP lain mana dan terus beredar dengan machonye.

Terkulat-kulat la saya berdiri situ sambil tengok rupanya Puan N ada kat belakang duk memerhati kiteorang. Saya tengok Puan N kut dia ada idea siapa Mr. tadi tu tapi Puan N pun cam shock dengan siapa gerangan lelaki misteri yang serba garang.
Haiii~ macam-macam la orang kat hospital ni..nasib I tak lemah jantung

Senarai Dadah Merbahaya/ Dangerous Drugs

Minggu ni akan mula buat DD. Perkara penting yang kena tahu..

Setiap pagi masuk kerja pukul 8.30 pagi harus buat Check and Found (C & F), iaitu memeriksa buku rekod dan kira ubat DD. Kena pastikan rekod fizikal tally dengan stok ubat. Perlu jugak catat dalam buku rekod guna pen merah bila cek ubat (C & F correct) atau masuk stok baru dan guna pen hitam/biru bila keluarkan ubat. Kabinet perlu dikunci setiap masa.

Kemudian, bila dapat preskripsi untuk ubat DD, ambil buku rekod yang tebal tu dan isikan:

• Tarikh
• No preskripsi
• Nama doctor
• Jabatan mana: Medical/Psychiatric/Palliative
• Nama pesakit dan nombor RN
• Dos dan frekuensi ubat
• Bilangan ubat yang keluar
• Baki stok yang tinggal
• Tandatangan

Lepas tu buat labelling ubat. Bukak cabinet dan ambil ubat mengikut bilangan hari yang dikira dan supply tidak lebih dari sebulan kecuali preskripsi yang dicop dari Jabatan Psikiatrik. Kira baki ubat yang tinggal dalam kabinet samada sama dengan kat buku rekod.

Catit dekat belakang preskripsi tarikh, bilangan ubat DD diberi, tarikh sekiranya pesakit perlu datang lagi dan tandatangan. Hantar preskripsi semula ke kaunter filling kalau terdapat ubatan lain yang kena bagi.

Sebelum habis waktu kerja, buat lagi skali C & F. Cek rekod dan bilangan ubat kemudian catat di dalam buku rekod guna pen merah.

Senarai-senarai ubat DD yang ada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh:

1. T. Alprazolam 0.5 mg (Xanax)
2. T. Bromazepam 1.5 mg (Lexotan)
3. T.Clobazam 10 mg (Frisium)
4. T.Clonazepam 0.5 mg (Ritovir)
5. T.Clonazepam 2 mg (Ritovir)
6. T.Zolpidem 10 mg (Stilnox)
7. T.Diazepam 5 mg (Valium)
8. T.Diazepam 10 mg (Valium)
9. Rectal Diazepam 5 mg/2.5 ml tube
10. Fentanyl patch 12 µg/h (Durogesic)
11. Fentanyl patch 25 µg/h (Durogesic)
12. Fentanyl patch 50 µg/h (Durogesic)
13. T. Dihydrocodeine 30 mg (DF118)
14. T.Lorazepam 1 mg (Ativan)
15. T.Midazolam 7.5 mg (Dormicum)
16. T.Phenobarbitone 30 mg (Luminal)
17. T.Morphine sulphate 10 mg (MST 10)
18. T.Morphine sulphate 30 mg (MST 30)
19. T.Nitrazepam 5 mg
20. T.Oxycodone HCl 10 mg (Oxycontin)
21. T.Oxycodone HCl 20 mg (Oxycontin)
22. T.Oxycodone IR 5 mg (Oxynorm)
23. T.Oxycodone IR 10 mg (Oxynorm)
24. Aqeous morphine 10 mg/15 ml

Memang DD ni merbahaya sungguh nak dijaga sebab kalau ada ubat yang tak cukup/hilang memang cuak gile. Kalau benda tu terjadi, Naazubillah hi minzalik..mintak Allah jauhkan dari perkara tu, terpaksa la buat surat tunjuk sebab dan report polis.

Upacara Aku Janji

Korang pernah dapat surat cinta dapat daripada Timbalan Pengarah hospital tak? Agak-agak ada tak yang *teruja* bila dapat surat cinta daripada Timbalan Pengarah HRPB, Ipoh sendiri.. Jemput datang majlis Aku Janji setia padamu..sila angkat tangan!

Saya dah pun dapat ni haa..


Sebenarnya majlis menandatangani surat Aku Janji dengan kerajaan Malaysia la..bahaha.


Alhamdulillah, dengan rasminya Eco-pharmacist telah mengangkat sumpah pada 15 Ogos 2011 dan berjanji untuk mematuhi segala tatatertib dan peraturan semasa berkhidmat dengan kerajaan..InsyaAllah dengan izin Allah hendaknya.

Thursday, August 11, 2011

Seronok ke hari ni..

Pantasnya masa berlalu bila dah masuk alam bekerja ni...Pejam celik tido bangun, tengok-tengok dah dekat 2 minggu memerah keringat di OPD tu.. macam tak percaya esok hari jumaat, hari yang ditunggu-tunggu sebab keesokan hari sabtu boleh bercuti~

Haa.. 2 minggu ni jugak banyak perkara yang mengajar saya realiti hidup sebenar, bila dah buka mata tengok orang ramai, terasa kepentingan berakhlak dan berpegang pada Islam dalam hidup. Itu yang akan menjadi garis panduan bila berhadapan dengan masyarakat nanti. Masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum pulak tu..

Urmm..sebenarnya nak bercerita pasal hal lain..

Hari ni....apa yang seronoknya hari ni sampai nak membebel dalam blog?

Yang tak seronok adala. Kisah semalam yang tak syok tu kunun2 nak tolong kawan buat label ubat sebab pesakit kena makan ubat 2 kali sehari tapi lain2 dos (1 biji pagi, 2 biji malam). Rupanya terbagi ajaran sesat plak sebab tolong tuliskan label 1@2 biji. Sebenarnya kat bawah tu dah tulis 1 biji pagi dan 2 biji malam, ntah kenapa tangan gatal sangat nak letak jugak 1@2 biji.
Last-last akak tu panggil dan dapat la ceramah ramadan sebijik..adui~ kan dah kena...Dia kata tak pernah dia tengok format tu dalam dunia..hahaha.

Hari ni plak dah 2 kali kena tegur dengan senior prp pasal silap masukkan ubat dalam plastik, kena dekat orang yang sama plak tu..grrr..garangnye amoi tu~
Yang saya plak macam mana boleh tersalah bagi ubat ntah...koya la tuh.

Takpelah, cuma dia tegur lain kali just be careful. Betul la apa yang dipesan, sebab kerja ahli farmasi ni berhadapan dengan nyawa pesakit. Salah bagi ubat kang..siapa nak tanggung?

Tanggung la sendiri ye cik-cik pharmacist. Selamat beramal

Sunday, August 7, 2011

Tugas-tugas di Out Patient Department

Berpandukan log book Out-Patient Pharmacy Services untuk PRP:

1. Bahagian pengurusan

Perlu kepada pengetahuan tentang perjalanan dan kawalan stok, masa menunggu pesakit, waktu peak hour, latihan staff, mengendalikan permintaan maklumat ubatan dan QAP farmasi.

2. Dispens ubatan/preskripsi

  • Mahir dalam memohon preskripsi dan Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu (Integrated Medication Supply System)
  • Kenal jenis ubat2an dan tahu nama generik, proprietary, pengkelasan farmakologikal ubat dan juga Formulari hospital/KKM.
  • Mahir dalam penyaringan (screening) preskripsi sama ada semasa menerima dan mengisi preskripsi atau mendispens.
  • Mempunyai kesedaran tentang kepentingan rekod ubatan pesakit
  • Boleh menghubungi ahli perubatan untuk berbincang kesilapan atau kemusykilan pada preskripsi
  • Mahir dalam mengisi preskripsi
  • Mahir dalam mendispens ubat
  • Berpengetahuan tentang proses sebelum dan semasa mempakej dan melabel ubatan yang didispens.
3. Kaunseling pesakit

  • Berkebolehan untuk menasihati/kaunsel pesakit
  • Mampu membantu dalam mengadakan sesi kaunseling berkumpulan

4. Pengurusan ubatan berbahaya (Dangerous drugs)/psikotropik

Mengira ubat mengikut preskripsi

Dah genap seminggu bekerja di out patient department, bermacam-macam jenis preskripsi sempat saya temui dengan pelbagai jenis tulisan doctor. Kalau dapat preskripsi yang ditulis cantik tu semangat sikit nak label elok2, tapi kalau tulisan tak dapat nak dibaca tu..tulis jerla apa yang ada. Yang paling penting, nama dan dos ubat kena betul.

Masa mula-mula agak susah nak tentukan dos ubat, maklumlah ada sesetengah ubat lain-lain kekuatannya (strength). Nak permudahkan kiraan kena tahu dulu singkatan dalam preskripsi:

Kekerapan ubat dimakan oleh pesakit dalam sehari:
  • od/daily - ambil 1 kali sehari
  • b.d/ bid - ambil 2 kali sehari
  • tds - ambil 3 kali sehari
  • qid - ambil 4 kali sehari
Tempoh berapa lama ubat perlu dimakan:

  • 1/7 - 1 hari
  • 1/52 - 1 minggu
  • 1/12 - 1 bulan
  • 1 cycle - 1 kali rawatan
  • D1 - D5 - Hari pertama ke hari ke-5, iaitu 5 hari
Jumlah bilangan ubat yang didispens kepada pesakit:

Contoh 1: Rx

T. Amlodipine 10 mg o.d 1/12

Bil. ubat = Kekuatan ubat yang ada (e.g Tab. Amlodipine 10 mg) x Kekerapan ubat (o.d) x Tempoh berapa lama ( 1 bulan)
= 1 biji x 1 kali sehari x 30 hari
= 30 biji

Contoh 2: Rx

T. Perindopril 4 mg b.d 2/52

Bil. ubat = Kekuatan ubat yang ada (e.g Tab. Perindopril 8 mg) x Kekerapan ubat (b.d) x Tempoh berapa lama (2 minggu)
= 1/2 biji x 2 kali sehari x 14 hari
= 14 biji

 
Free Host