Sunday, August 7, 2011

Mengira ubat mengikut preskripsi

Dah genap seminggu bekerja di out patient department, bermacam-macam jenis preskripsi sempat saya temui dengan pelbagai jenis tulisan doctor. Kalau dapat preskripsi yang ditulis cantik tu semangat sikit nak label elok2, tapi kalau tulisan tak dapat nak dibaca tu..tulis jerla apa yang ada. Yang paling penting, nama dan dos ubat kena betul.

Masa mula-mula agak susah nak tentukan dos ubat, maklumlah ada sesetengah ubat lain-lain kekuatannya (strength). Nak permudahkan kiraan kena tahu dulu singkatan dalam preskripsi:

Kekerapan ubat dimakan oleh pesakit dalam sehari:

  • od/daily - ambil 1 kali sehari
  • b.d/ bid - ambil 2 kali sehari
  • tds - ambil 3 kali sehari
  • qid - ambil 4 kali sehari
Tempoh berapa lama ubat perlu dimakan:

  • 1/7 - 1 hari
  • 1/52 - 1 minggu
  • 1/12 - 1 bulan
  • 1 cycle - 1 kali rawatan
  • D1 - D5 - Hari pertama ke hari ke-5, iaitu 5 hari
Jumlah bilangan ubat yang didispens kepada pesakit:

Contoh 1: Rx

T. Amlodipine 10 mg o.d 1/12

Bil. ubat = Kekuatan ubat yang ada (e.g Tab. Amlodipine 10 mg) x Kekerapan ubat (o.d) x Tempoh berapa lama ( 1 bulan)
= 1 biji x 1 kali sehari x 30 hari
= 30 biji

Contoh 2: Rx

T. Perindopril 4 mg b.d 2/52

Bil. ubat = Kekuatan ubat yang ada (e.g Tab. Perindopril 8 mg) x Kekerapan ubat (b.d) x Tempoh berapa lama (2 minggu)
= 1/2 biji x 2 kali sehari x 14 hari
= 14 biji

5 comments:

ilazaidi said...

Good infornation

ilazaidi said...

Good infornation

Unknown said...

salam...,bagaimana nak kira ubat pil mengikut berat badan.Ada tak formula yang boleh di kongsikan bersama..tq

Unknown said...

Asslamualaikum.. boleh tak share cara pengiraan dos untuk Syp Phenoxymethyl penicillin, Syp Erythromycin E, Syp Chlorpheniramin M, Syp Dephenhydramine HCL?

merah18 said...

kak boleh share everthing experiend yg u ada sbb i lost everything abt periraan syrup n insulin btw im studendd diploma in pharmacy

Post a Comment

 
Free Host