Monday, August 1, 2011

Lapor Diri Pegawai Farmasi U41

Secara ringkas tempat yang perlu pergi untuk lapor diri di Perak:
  1. Pergi ke Jabatan Kesihatan Negeri Perak
  2. Dapat tahu hospital mana ditempatkan dan terima log book
  3. Pergi ke hospital dan jumpa Pegawai Tadbir yang uruskan kemasukan pegawai farmasi
  4. Serahkan borang yang siap diisi dan sesaikan urusan mengisi borang
  5. Jumpa Ketua Pegawai Farmasi di hospital masing-masing untuk tempat posting
Untuk melapor diri, tempat pertama yang perlu pergi ialah ke Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Tetapi, jabatan yang menguruskan perlantikan Pegawai Farmasi sebenarnya terletak di tingkat 4 dalam Bangunan Tabung Haji bersebelahan JKN, jadi jangan terkeliru. Sebaliknya terus pergi ke bangunan Tabung Haji.

Apabila dah berjumpa dengan pegawai di JKN, kami seramai 8 orang PRP baru diarahkan pergi ke di bangunan Maybank Trust untuk mengambil surat penempatan disebabkan JKN belum menerima list penempatan. Setelah menyerahkan surat tawaran KKM, baru kami diberi 10 buah buku log dan dapat tahu tempat penempatan

Alhamdulillah...

Saya mendapat tempat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh iaitu pilihan utama yang dipilih semasa sesi temuduga. Setelah kembali ke JKN, kami diberi taklimat bersama pegawai perubatan berkenaan urusan melapor diri di hospital dan seterusnya saya diberi surat lapor diri untuk diserahkan kepada Pengarah Hospital.

Setelah sampai di hospital, saya dan 3 orang lagi PRP berjumpa dengan Pembantu Tadbir untuk penyerahan dokumen dan mengisi borang. Antara dokumen lain yang diperlukan:

Berkenaan gaji:
  1. Salinan surat tawaran SPA
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan akaun KWSP
  4. Salinan akaun penyata bank.
Berkenaan lapor diri:


Penyerahan dokumen-dokumen tersebut penting untuk mendapat gaji dan setelah itu beberapa borang perlu diisi termasuk borang maklumat diri, borang HRMIS, pengisytiharan harta, borang mohon induksi dan lain-lain. Gambar berukuran pasport juga diperlukan

0 comments:

Post a Comment

 
Free Host