Tuesday, August 2, 2011

Hari pertama bekerja

Mula-mula datang jangan lupa punch card. Tadi dah tersilap punch sebab tekan butang 'in' yang kedua, sepatutnya butang in pertama menandakan sesi pagi.

Hari ni sambung lagi dengan sesi Orientasi bersama Puan Helen berkaitan isu pelepasan cuti dan car sticker.

Sebagai pekerja baru ni agak susah nak dapatkan cuti termasuk cuti hari raya. Sekiranya nak apply, terpaksa isi borang dulu iaitu:

  • Borang Putih: Cuti rehat
  • Borang Merah: Emergency leave
  • Borang kuning: 1 day off (bersamaan 9 jam)
Untuk dapatkan car sticker pulak hanya perlu isi borang, dapatkan cop ketua jabatan dan bayar RM 5.00. Tapi tak menjamin akan dapat parking kecuali datang seawal 7.15 pagi.

Setelah selesai urusan mengisi borang dengan Pembantu Tadbir bahagian sumber manusia dan setelah itu ada tour sikit kat kawasan hospital melawat:

  • Ward supply pharmacy
  • Satellite pharmacy tingkat 4 dan 7
  • Bilik klinikal farmasi
  • Stor
  • Mini farmasi
  • Farmasi Kompleks Pakar/Out patient department
Maklumat lanjut tentang perkhidmatan farmasi di Hospital Raja Permaisuri Bainun boleh cek website: http://hipoh.moh.gov.my

0 comments:

Post a Comment

 
Free Host