Sunday, August 7, 2011

Sistem penyusunan 5S

Tahu tak apa tu 5S?

Ada seorang akak dispenser bertanya masa mengemas laci di ruang filling ubat. Masa tu tak tahu sebab tak pernah dengar sebelum ni.

Dah beberapa hari selepas tu, baru terbelek ada satu majalah ni pasal 5S....

5S merupakan satu konsep penyusunan yang diilham dari Jepun dan kini telah diimplementasi kat Hospital Kajang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan farmasi. Tujuan sistem ni dipraktikkan ialah untuk mengurus tempat kerja dengan kemas, bersih dan tersusun melalui penglibatan staff.

5S terdiri dari Sort, Set in Order, Shine, Standardize dan Sustain.

Caranya bagaimana?

  • Barang yang tak perlu akan diasingkan dan dibuang.
  • Barang yang perlu pula akan disusun dengan sistemetik dan teratur supaya mudah dikesan.
  • Setiap barang yang diambil perlu diletakkan kembali di tempat asal.
  • Tempat kerja akan diperiksa setiap hari untuk pastikan tiada sampah dan halangan di atas lantai.
  • Pekerja juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan tempat kerja dan supaya menjadi kebiasaan untuk semua orang.
Berdasarkan keputusan yang dilakukan kat Hospital Kajang, dengan sistem 5S ni, ia dapat membantu mengurangkan masa untuk mencari ubat kepada kurang dari 30 saat dan dapat menjimatkan kos ubat yang hampir tarikh luput serta meminimakan kesilapan waktu dispensing di hospital. Oleh itu, kualiti dan kecekapan perkhidmatan farmasi dapat ditingkatkan.


"A place for everything and everything in its place."

0 comments:

Post a Comment

 
Free Host