Wednesday, August 3, 2011

Filling ubat di Out Patient Department

Memandangkan hari ni sesi bertugas mula 8.30 pagi sampai 5.30 petang, sampai awal tadi sempat jumpa Pembantu Tadbir untuk serahkan borang tapisan keselamatan. Jadi, selesai dahla urusan dokumen semua, cuma tunggu tandatangan surat Aku Janji pada 15 haribulan nanti.

Semalam dapat kaunter 8 sebelah pagi dan kaunter 7 sebelah petang. Kebanyakan ubat kat kaunter ni jenis biasa-biasa dari ubat hypertensi (darah tinggi), kencing manis dan lain-lain.


Hari ni pula, bertugas di kaunter 3 (ekspres) iaitu kaunter untuk preparation ophthalmic (mata) dan syrup. Kalau ubat mata, selepas dapat preskripsi:

  • Tentukan samada ubat jenis titis/eye drops (ditulis sebagai guttae) atau ubat sapu/ointment (ditulis sebagai occ).
  • Kira berapa lama ubat perlu supply sebab sesetengah ubat titis ada 5 ml, 2.5 ml dan kurang 1 ml. Untuk 1 ml bersamaan 20 titis, jadi 5 ml ada 100 titis. Misalnya, ubat yang perlu titis 3-4 kali sehari selama seminggu sudah cukup bagi 1 ubat 5 ml.
  • Kemudian, sediakan label 'racun' dan tulis berapa titisan diperlukan selang berapa jam atau kali sehari.
  • Tulis nama pesakit dan tarikh
  • Lekat pelekat 'disimpan dalam tempat sejuk' jika perlu
Untuk ubat syrup, ada sesetengah ubat yang dah siap pakaging dan ada juga yang dibancuh dan simpan dalam peti sejuk . Jadi tentukan kuantiti (ml) dan berapa kali perlu diambil setiap hari dan tempoh. Label yang perlu ada termasuk nama pesakit, contohnya B/O ... (baby of ...) dan tarikh luput ubat.

0 comments:

Post a Comment

 
Free Host