Tuesday, August 2, 2011

Out patient department

Hari pertama bekerja di Farmasi Kompleks Pakar (FKP) atau Out patient department.....

Sangat letih!

Kena berdiri sambil membaca preskripsi pastu isi bekalan ubat ikut preskripsi (filling) di kala bulan Ramadan~ suatu dugaan. Mana taknya, tempat yang sempit dan perlu bergerak dengan cepat untuk ambil ubat.

Untuk mudahkan kerja, ni tips-tips yang saya cuba:

  • Biasakan diri dulu dengan tempat ubatan diletakkan, nama-nama generik dan kekuatan ubat.
  • Kemudian baca list ubat di preskripsi dan tempoh yang perlu supply (1/7: 1 hari, 1/52: 1 minggu atau 1/12: 1 bulan)
  • Buat label nama pesakit, tarikh, nama generik ubat dan dos, bilangan ubat yang perlu dan lain-lain arahan pada plastik ubat.
  • Cari ubat dan isi dalam beg plastik, kemudian cek semula ubatan sambil atur dalam raga.
  • Akhir sekali isi ruangan bekalan ubat di belakang preskripsi, tarikh dan tandatangan.
  • Kalau ubat dah habis dibekal ikut preskripsi, boleh potong list ubat. Sekiranya pesakit perlu datang balik, tulis tarikh bila ubat perlu diambil.

Hari ni ada beberapa 'dangerous drug' yang kena ambil dari bilik bos dan kena rekod nama pesakit, no R/N, bilangan diambil dan tandatangan pegawai dalam kertas catatan kat setiap kotak.

Kesemua skali ada 8 kaunter; Ekspres (kaunter 1-3), Tuntutan lambat (kaunter 4), Biasa (kaunter 6 -8) dengan hampir 2,000 preskripsi setiap hari. Setiap pesakit hanya dibenarkan menunggu dalam masa 20 minit, jikalau preskripsi tak di supply dalam 10 minit..nampak gaya bos akan datang tengok apa yang tak kena..

Berkenaan masa bekerja di FKP/Out Patient:
  • 7.30 pagi - 4,30 petang
  • 8.00 pagi - 5.30 petang
  • 8.30 pagi - 5.30 petang
Masa rehat ada 3 shift, dan nak keluar pun ikut giliran samada:

Hari Isnin - Khamis: 12 tgh hari - 1 ptg/ 1 ptg - 2 ptg/ 2 ptg - 3 ptg
Hari Jumaat: 12.15 tgh hari - 2.45 ptg

Kalau di Hospital Ipoh ni ada servis 24 jam, jadi OT dikira dari malam sampai keesokan pagi.

0 comments:

Post a Comment

 
Free Host