Monday, August 15, 2011

Kad tumbuk

Kad kuning ni nak kena nih! Memang patut ditumbuk sebab nama pun punch card..hahaha Kita kasi baju cantik sikit Sekian masa untuk berkreati...

Kisah terkejut-terkejut

Terkejut betul la hari ni. Tadi masa jaga kaunter 2, ada seorang Dr atau pharmacist ni..not surela siapa, tiba-tiba datang serbu kat kaunter. Masa tu tengah duduk relaks-relaks sambil kira dos untuk Syrup Sodium Valproate. Dengan muka yang merah menahan panas geram dia tanya.. Mr. X: WHO’S THE PRP HERE??? Eco-Pharmacist: Err...saya! (serta merta bangun dengan gelabah) Mr. X: You ke yang jaga sini tadi? Eco-Pharmacist: Ha’a.. (dalam hati, aik..aku ada wat silap ke? Tak pernah plak nampak dia kat sini..cam mane boleh buat silap kat dia..) Mr.X: You tadi break pukul berapa ha?? Eco-Pharmacist: Blum lagi, pukul 2 baru break Mr.X: Tadi siapa yang break? Eco-Pharmacy: Kawan saya ada yang pergi break Mr. X: Itu siapa nama dia? Eco-Pharmacy: T***** (Slowww~ je cakap) Mr.X: Hah! Siapa?? Eco-Pharmacy:...

Senarai Dadah Merbahaya/ Dangerous Drugs

Minggu ni akan mula buat DD. Perkara penting yang kena tahu.. Setiap pagi masuk kerja pukul 8.30 pagi harus buat Check and Found (C & F), iaitu memeriksa buku rekod dan kira ubat DD. Kena pastikan rekod fizikal tally dengan stok ubat. Perlu jugak catat dalam buku rekod guna pen merah bila cek ubat (C & F correct) atau masuk stok baru dan guna pen hitam/biru bila keluarkan ubat. Kabinet perlu dikunci setiap masa. Kemudian, bila dapat preskripsi untuk ubat DD, ambil buku rekod yang tebal tu dan isikan: • Tarikh • No preskripsi • Nama doctor • Jabatan mana: Medical/Psychiatric/Palliative • Nama pesakit dan nombor RN • Dos dan frekuensi ubat • Bilangan ubat yang keluar • Baki stok yang tinggal • Tandatangan Lepas tu buat labelling ubat. Bukak cabinet dan ambil ubat mengikut bilangan...

Upacara Aku Janji

Korang pernah dapat surat cinta dapat daripada Timbalan Pengarah hospital tak? Agak-agak ada tak yang *teruja* bila dapat surat cinta daripada Timbalan Pengarah HRPB, Ipoh sendiri.. Jemput datang majlis Aku Janji setia padamu..sila angkat tangan! Saya dah pun dapat ni haa.. Sebenarnya majlis menandatangani surat Aku Janji dengan kerajaan Malaysia la..bahaha. Alhamdulillah, dengan rasminya Eco-pharmacist telah mengangkat sumpah pada 15 Ogos 2011 dan berjanji untuk mematuhi segala tatatertib dan peraturan semasa berkhidmat dengan kerajaan..InsyaAllah dengan izin Allah hendaknya...

Thursday, August 11, 2011

Seronok ke hari ni..

Pantasnya masa berlalu bila dah masuk alam bekerja ni...Pejam celik tido bangun, tengok-tengok dah dekat 2 minggu memerah keringat di OPD tu.. macam tak percaya esok hari jumaat, hari yang ditunggu-tunggu sebab keesokan hari sabtu boleh bercuti~ Haa.. 2 minggu ni jugak banyak perkara yang mengajar saya realiti hidup sebenar, bila dah buka mata tengok orang ramai, terasa kepentingan berakhlak dan berpegang pada Islam dalam hidup. Itu yang akan menjadi garis panduan bila berhadapan dengan masyarakat nanti. Masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum pulak tu.. Urmm..sebenarnya nak bercerita pasal hal lain.. Hari ni....apa yang seronoknya hari ni sampai nak membebel dalam blog? Yang tak seronok adala. Kisah semalam yang tak syok tu kunun2 nak tolong kawan buat label ubat sebab pesakit...

Sunday, August 7, 2011

Tugas-tugas di Out Patient Department

Berpandukan log book Out-Patient Pharmacy Services untuk PRP: 1. Bahagian pengurusan Perlu kepada pengetahuan tentang perjalanan dan kawalan stok, masa menunggu pesakit, waktu peak hour, latihan staff, mengendalikan permintaan maklumat ubatan dan QAP farmasi. 2. Dispens ubatan/preskripsi Mahir dalam memohon preskripsi dan Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu (Integrated Medication Supply System) Kenal jenis ubat2an dan tahu nama generik, proprietary, pengkelasan farmakologikal ubat dan juga Formulari hospital/KKM.Mahir dalam penyaringan (screening) preskripsi sama ada semasa menerima dan mengisi preskripsi atau mendispens. Mempunyai kesedaran tentang kepentingan rekod ubatan pesakitBoleh menghubungi ahli perubatan untuk berbincang kesilapan atau kemusykilan pada preskripsi Mahir...

Mengira ubat mengikut preskripsi

Dah genap seminggu bekerja di out patient department, bermacam-macam jenis preskripsi sempat saya temui dengan pelbagai jenis tulisan doctor. Kalau dapat preskripsi yang ditulis cantik tu semangat sikit nak label elok2, tapi kalau tulisan tak dapat nak dibaca tu..tulis jerla apa yang ada. Yang paling penting, nama dan dos ubat kena betul.Masa mula-mula agak susah nak tentukan dos ubat, maklumlah ada sesetengah ubat lain-lain kekuatannya (strength). Nak permudahkan kiraan kena tahu dulu singkatan dalam preskripsi:Kekerapan ubat dimakan oleh pesakit dalam sehari:od/daily - ambil 1 kali seharib.d/ bid - ambil 2 kali seharitds - ambil 3 kali sehariqid - ambil 4 kali sehariTempoh berapa lama ubat perlu dimakan:1/7 - 1 hari1/52 - 1 minggu1/12 - 1 bulan1 cycle - 1 kali rawatanD1 - D5 - Hari pertama...

Sistem penyusunan 5S

Tahu tak apa tu 5S?Ada seorang akak dispenser bertanya masa mengemas laci di ruang filling ubat. Masa tu tak tahu sebab tak pernah dengar sebelum ni.Dah beberapa hari selepas tu, baru terbelek ada satu majalah ni pasal 5S....5S merupakan satu konsep penyusunan yang diilham dari Jepun dan kini telah diimplementasi kat Hospital Kajang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan farmasi. Tujuan sistem ni dipraktikkan ialah untuk mengurus tempat kerja dengan kemas, bersih dan tersusun melalui penglibatan staff.5S terdiri dari Sort, Set in Order, Shine, Standardize dan Sustain.Caranya bagaimana?Barang yang tak perlu akan diasingkan dan dibuang.Barang...

Wednesday, August 3, 2011

Filling ubat di Out Patient Department

Memandangkan hari ni sesi bertugas mula 8.30 pagi sampai 5.30 petang, sampai awal tadi sempat jumpa Pembantu Tadbir untuk serahkan borang tapisan keselamatan. Jadi, selesai dahla urusan dokumen semua, cuma tunggu tandatangan surat Aku Janji pada 15 haribulan nanti.Semalam dapat kaunter 8 sebelah pagi dan kaunter 7 sebelah petang. Kebanyakan ubat kat kaunter ni jenis biasa-biasa dari ubat hypertensi (darah tinggi), kencing manis dan lain-lain.Hari ni pula, bertugas di kaunter 3 (ekspres) iaitu kaunter untuk preparation ophthalmic (mata) dan syrup. Kalau ubat mata, selepas dapat preskripsi:Tentukan samada ubat jenis titis/eye drops (ditulis sebagai...

Tuesday, August 2, 2011

Out patient department

Hari pertama bekerja di Farmasi Kompleks Pakar (FKP) atau Out patient department.....Sangat letih!Kena berdiri sambil membaca preskripsi pastu isi bekalan ubat ikut preskripsi (filling) di kala bulan Ramadan~ suatu dugaan. Mana taknya, tempat yang sempit dan perlu bergerak dengan cepat untuk ambil ubat.Untuk mudahkan kerja, ni tips-tips yang saya cuba:Biasakan diri dulu dengan tempat ubatan diletakkan, nama-nama generik dan kekuatan ubat.Kemudian baca list ubat di preskripsi dan tempoh yang perlu supply (1/7: 1 hari, 1/52: 1 minggu atau 1/12: 1 bulan)Buat label nama pesakit, tarikh, nama generik ubat dan dos, bilangan ubat yang perlu dan lain-lain arahan pada plastik ubat.Cari ubat dan isi dalam beg plastik, kemudian cek semula ubatan sambil atur dalam raga.Akhir sekali isi ruangan bekalan...

Hari pertama bekerja

Mula-mula datang jangan lupa punch card. Tadi dah tersilap punch sebab tekan butang 'in' yang kedua, sepatutnya butang in pertama menandakan sesi pagi.Hari ni sambung lagi dengan sesi Orientasi bersama Puan Helen berkaitan isu pelepasan cuti dan car sticker.Sebagai pekerja baru ni agak susah nak dapatkan cuti termasuk cuti hari raya. Sekiranya nak apply, terpaksa isi borang dulu iaitu:Borang Putih: Cuti rehatBorang Merah: Emergency leaveBorang kuning: 1 day off (bersamaan 9 jam)Untuk dapatkan car sticker pulak hanya perlu isi borang, dapatkan cop ketua jabatan dan bayar RM 5.00. Tapi tak menjamin akan dapat parking kecuali datang seawal 7.15 pagi.Setelah selesai urusan mengisi borang dengan Pembantu Tadbir bahagian sumber manusia dan setelah itu ada tour sikit kat kawasan hospital melawat:Ward...

Monday, August 1, 2011

Lapor Diri Pegawai Farmasi U41

Secara ringkas tempat yang perlu pergi untuk lapor diri di Perak:Pergi ke Jabatan Kesihatan Negeri PerakDapat tahu hospital mana ditempatkan dan terima log bookPergi ke hospital dan jumpa Pegawai Tadbir yang uruskan kemasukan pegawai farmasiSerahkan borang yang siap diisi dan sesaikan urusan mengisi borangJumpa Ketua Pegawai Farmasi di hospital masing-masing untuk tempat posting Untuk melapor diri, tempat pertama yang perlu pergi ialah ke Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Tetapi, jabatan yang menguruskan perlantikan Pegawai Farmasi sebenarnya terletak di tingkat 4 dalam Bangunan Tabung Haji bersebelahan JKN, jadi jangan terkeliru. Sebaliknya terus pergi ke bangunan Tabung Haji.Apabila dah berjumpa dengan pegawai di JKN, kami seramai 8 orang PRP baru diarahkan pergi ke di bangunan Maybank Trust...

Pages 41234 »

 
Free Host